Monday 14 November 2011

singgah di laman

Salam 1Malaysia,

Dasar MBMMBI.
Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang mula dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.Dasar yang digubal ini untuk menggantikan dasar PPSMI yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2015.Dasar ini dilihat lebih realistik kerana melibatkan 2 elemen utama dalam perbahasaan iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.Usaha kerajaan untuk memartabatkan semula bahasa Malaysia terutamanya dalam pengajaran Sains dan Matematik adalah tepat pada masanya kerana telah terbukti dasar PPSMI tidak mencapai ranking secara signifikan dalam pencapaian kedua-dua subjek tersebut.Perdebatan dan polemik telah mengancam dasar tersebut hingga membawa kepada terbentuknya dasar MBMMBI ini.
Antara langkah penguat dasar yang dilaksanakan ialah: 1-Transformasi kurikulum sekolah dengan memperkenalkan KSSR iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang bermula pada tahun 1 hingga tahun 6.Ia melibatkan program bertumpukan literasi bahasa Malaysia dan Inggeris,tumpuan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) 2- Peningkatan kapasiti guru dengan menyediakan Standard Guru Malaysia(SGM) yang mengandungi kualiti standard,piawai dan rujukan.
Adalah diharapkan dasar MBMMBI akan berupaya mencapai maksud untuk melahirkan modal insan cemerlang yang akan memacu ke arah kesejahtraan diri,keluarga,masyarakat dan kemajuan negara.